

Pertandingan Penulisan Teks Khutbah
Tarikh tutup : 22/10/2015
Syarat-syarat Penyertaan :
-
Terbuka kepada semua warga UiTM Shah Alam berumur 18 tahun ke atas kecuali pihak penganjur.
-
Teks Khutbah hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu dengan tulisan Rumi (Arial, saiz 14) yang ditaipkan langkau/spacing 1.5 menggunakan kerts A4, justified, panjangnya antara 1400 hingga 1550 patah perkataan, 6-7 muka surat.
-
Pilihan tujuk adalah bebas tetapi terasnya hendaklah berasaskan Al-Quran Dan As-Sunnah, Feqah, Tauhid, Sirah, Muamalat dan isu-isu semasa.
-
Setiap peserta boleh menghantar tidak melebihi dua tajuk khutbah.
-
Khutbah yang diterima adalah hak milik penganjur dan berhak menerbitkan bila-bila masa.Penulisan mestila menepati rukun khutbah yang termaktub dalam hukum syarak.
-
Teks khutbah mestilah karya asli, bukan terjemahan, saduran atau penyesuaian daripada khutbah lain yang belum pernah belum diterbitkan atau apa sahaja pengertian yang boleh menyebabkan khutbah tersebut bukan khutbah asli.
-
Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy (satu salinan) ke alamat:
Urusetia Pertandingan Penulisan Khutbah, Bahagian Hal Ehwal Islam, u.p: Ustaz
Puaad Osman 03-5543 8545
dan softcopy melalui email: puaad011@salam.uitm.edu.my
Pertandingan Hafazan Al-Quran
Tarikh tutup : 22/10/2015
Syarat-syarat Penyertaan :
-
Terbuka kepada semua pelajar muslim (lelaki dan perempuan).
-
Giliran peserta di tentukan melalui undian sebelum pertandingan bermula.
-
Peserta akan disoal empat soalan:
1. Surah Yasin
2. Surah Sajadah
3. Surah Al-Mulk
4. Surah Lazim bermula surah Ad-Dhuha.
-
Peserta di beri dua kali cubaan. Jika terlupa hafazan, hakim akan memberi bantuan.
-
Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut
- Hafaz dan Lancar 40%
- tajwid 30%
- fasohah 20%
-Lagu & Suara 10 %
6. Keputusan akan diumumkan setelah tamat pertandingan
7. Keputusan hakim adalah muktamad.
Pertandingan Gubahan
Tarikh tutup : 22/10/2015
Syarat-syarat Penyertaan :
-
Terbuka kepada staf dan siswa/i UiTM di Selangor
-
Penyertaan terhad kepada 10 penyertaan sahaja
-
Gubahan berasaskan kain
-
Tempoh yang diberikan selama SATU jam LIMA BELAS MINIT ( 1jam 15 min)
-
Semua kos dan keperluan gubahan ditanggung oleh peserta
-
Peserta hendaklah menamakan gubahan mereka
-
Gubahan hendaklah SELAIN berbentuk haiwan
-
Keputusan hakim adalah muktamad
-
Tema : "Hantaran Pengantin Tradisional"
Pemarkahan :
- Konsep /tema 30%
- Kreativiti 50%
- Kekemasan 20%
Pertandingan Kaligrafi Islam
Syarat Penyertaan
Penyertaan :
1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar UITM dan anak staf yang berumur antara 18-27 tahun yang berminat.
2. Kategori peserta adalah terdiri daripada kategori lelaki dan kategori wanita.Di anggarkan 100 penyertaan akan hadir.
3. Penyertaan adalah percuma dan akan diberi sijil penghargaan
4. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah 25 Oktober 2015
-
Kaedah Pertandingan :
1. Peserta pertandingan dikehendaki menulis salah satu teks yang disediakan seperti maklumat berikut :
- Surah AlBaqarah Ayat 201
- Surah Asy Syura Ayat 11
2. Jenis khat yang perlu digunakan adalah Khat Thuluth dan Nasakh sahaja.
3. Semua peserta dikehendaki menulis menggunakan kertas bersaiz A3 yang disediakan oleh penganjur.
4. Peserta dikehendaki membawa sendiri alatan menulis khat yang bersesuaian.
5. Para peserta boleh menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam kaedah persembahan tulisan khat tersebut.
6. Peserta tidak dibenarkan membawa bahan dari luar, menampal, meniru atau menyalin semula mana-mana bahan yang dibawa dari luar.
7. Warna tulisan tidak melebihi tiga warna.
8. Masa pertandingan yang diberi adalah 1 jam 40 minit (100 minit).
Pemarkahan yang dinilai berdasarkan :
1. Bentuk Seni Khat (Keaslian)
2. Susunan Huruf
3. Kebersihan dan kekemasan
4. Hiasan Tepi (Illustrated Manuscript)
5. Bonus Kreativiti
Penentuan Keputusan
Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang dan begitulah seterusnya. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Syarat-syarat Penyertaan :
Terbuka kepada Semua Pelajar Tadika UiTM yang berumur 5 - 6 tahun.
Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat-syarat peraturan dari masa kesemasa.
Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.
Kriteria penghakiman akan ditentukan oleh panel hakim yang DILANTIK.
KREATIVITI DAN KEKEMASAN diutamakan.
Penyertaan akan DIBATALKAN sekiranya tidak mematuhi arahan.
Ibu bapa DILARANG sama sekali membantu peserta samada dari dalam atau dari luar kawasan penyertaan.
Hasil lukisan adalah menjadi HAKMILIK PENGANJUR.
Setiap peserta hanya layak untuk SATU SAHAJA kertas untuk mewarna.
PENDAFTARAN hanya dibuat pada hari pertandingan.
Peralatan mewarna hendaklah dibawa SENDIRI dan BEBAS menggunakan apa-apa jenis peralatan mewarna.
Kertas mewarna akan disediakan oleh pihak PENGANJUR.